Blogger Templates

Followers

Saturday, February 16, 2013

Manusia dan keluhan


Assalamualaikum wbt . Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih dipinjamkan nyawa dan nikmat dan dengan limpahan kurnia dari-Nya saya masih berpeluang menjengah blog usang ini.Usang usang pon sayang ,sebab warna pink #eh

‘’Sungguh penat menjadi manusia,nak jadi kucing la senang’’ . Pernah saya terfikir macam ni bila hati tidak tenang,kepala serabut.Mengucap panjang bila terkenangkan diri ini.Banyak kekhilafan yang dilakukan.Allah,ampuni aku.Kadang2 sebagai manusia ,kita tak sedar apa sebenarnya tujuan Allah ciptakan kita ke dunia ini.Tidak sedar atau buat2 tidak sedar? Wallahualam. Hanya Allah je yang tahu apa yang ada dlm hati. Terkadang duduk termenung sendirian …cuba muhasabah diri …Terkilan..Terlalu banyak keluhan yang keluar dari bibir ini..Itu tak kena,ini tak kena..Allah,maafkan aku kerana aku tidak bersyukur..Sedarlah diri , bahawa kamu itu hanyalah seorang hamba kepada pemilik dunia..Kamu tidak ada hak untuk mengeluh..Tapi lumrah manusia,saat ditimpa sesuatu yang tidak disukai,pasti ada saja yang keluar dari bibir.Kalau tidak di bibir,di dalam hati.Maka cepat-cepatlah beristighfar..Ingatlah,masih ada orang lain di luar sana yang mengalami sesuatu yang lebih teruk berbanding kamu..Jangan cepat mengeluh,jangan cepat berputus asa.Kuatkan semangat,sesungguhnya Allah menyukai mereka yang kuat berbanding yang lemah.

Herm..yang kat atas tu pendahuluan untuk entry kali ini.Sedikit pesanan utk diri sendiri yang kadang2 agak terpesong..mudah terjatuh..mudah utk menjadi lemah.Juga pesanan utk sesiapa sahaja yang terdatang ke blog ni.

Sebulan berlalu,waktu terus berdetik dan diri ini juga semakin sibuk.Mengejar apa yang sepatutnya dikejar..Mencari apa yang sepatutnya di cari..Bukan cari jodoh .Bukan kejar cinta yang dimaksudkan . tapi apa yang dikejarkan , apa yg dicari adalah IlMU ..Ilmu yang bakal memimpin ku di masa hadapan kelak.Namun terdetik juga di hati ini,adakah ilmu duniawi saja yang ingin ku cari,yang ingin ku kuasai?Jawapannya tidak.Lalu saya mengambil keputusan untuk join usrah.Alhamdulillah dari situ saya dapat apa yang saya nak..Benda baru..Yang kadang2 saya sendiri tak terfikir saya akan dapat . Alhamdulillah =) Kalau di Naim dulu,saya tidak berpeluang join usrah kerana kebiasaannya usrah itu hanya dibuat utk budak asrama,jadi budak berulang mcm saya ni tak berpeluang lah.Lagipun dulu,saya kurang beminat dengan aktiviti usrah macam ni.Jahilnya saya dahulu *lap air mata*.Tapi rahmat Allah tiada  orang boleh jangka,sangat besar,sangat luas..Alahmdulillah,Allah buka pintu hati saya utk berubah.Dan saya berdoa saya terus istiqomah utk sentiasa berubah kea rah yang lebih baik.Aamiin.

Salam sayang dan rindu buat arwah mama J
Assalamualaikum